Friday, March 17, 2017

Atok 🌸

Assalamualaikum Atok,


Sebelum mula, Al Fatihah untuk atok. 


Terlalu banyak kenangan yang tak dapat dikira. Semua event seri boleh ada dengan atok tapi sejak2 seri kahwin baru 5 bulan ni, rasa bersalah tak terbendung sebab jarang tengok atok bila atok sihat. Maaf sangat2 atok. Seri belum pandai bahagi kan masa utk semua tu sebab baru kahwin. Apa pun seri nak ucap terima kasih sangat2 sebab ada dengan seri pada setiap event besar seri. 

Atok ada masa seri convo Diploma, atok ada masa nikah seri, atok ada masa kahwin seri, atok ada masa convo Degree seri yang mana tak semua cucu atok dapat semua ni. Yelah, tak semua yang kita minta Allah akan bg, tapi percaya, Dia Maha Mendengar. Dia Maha Pengasih. Masing2 mesti ada special event dengan atok sebab.. sebab.. sebab atok sayang kan kami. :'(

Dia ambil atok selepas seri jumpa atok for the last time. Walaupun time tu atok tak sedar, tapi atok pandang seri bila seri bangun / bergerak ke mana2. Allah sayang atok.

Allah dah susun segalanya untuk atok. Rindu bukan kepalang. Allahu Akbar. Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa'alaa Aalihi Saiyidina  Muhammad. 

InsyaAllah atok, seri nak pergi umrah bulan 4 ni. Harapan mmg nak bawak atok, tapi seri belum mampu. Seri pergi dengan ayah man, mama, syafiq (suami seri), abang i, ummu. Selalunya seri akan btau atok tentang apa2 berita. Tapi kali ni seri takdapat n tak berkesempatan nak btau atok.

Atok, youre the first man in my life. Jujurnya ayah jatuh number 2. Atok faham seri sangat2. 

Ingat lagi masa raya, time tu ada masalah sikit. Lepas tu, macam biasa masa kita salam2 raya, seri burst out semua sekali n atok kata 'baca surah taha', seri tak btau atok pun tapi atok tahu sebab apa. 

(To be continued) 

Al Fatihah ❤️

No comments:

Post a Comment

Thank You For Your Comment :)