Saturday, March 19, 2016

My first part-time working experience! :)

Assalamualaikum guys, here we meet again :) Hehehe, today I would like to share one short story of mine related to my very first working experience. Takdalah official keje sangat pun sebab keje ni guna qualification SPM je. Tapi okay apa, kan? Hehehe okay lah, start lah ye. Panjang bebel bebel boleh jadi keluar tajuk nnt.

Okay, I have been working with General Insurance company at Seremban (Bangunan MARA) for one and a half month only. Skop keje kat sini ialah renew roadtax (MyEG Kiosk) dan insurance kenderaan Malaysia. System MyEG jugak boleh pakai untuk bayar saman, renew lesen (company aku tak buat lesen), renew passport untuk maid. Other than general insurance, company ni jugak provide service insurance life (Takaful Ikhlas) untuk sapa2 nak reg untuk life insurance boleh private message tepi :D  dan ada 1 lagi business baru. (Banyak boss aku punya business Haha which is very good for him sebab bangsa sendiri ni jarang ada effort yg luar dari kotak ni)

Bangunan MARA Seremban. (Ihsan Google)

Tapi keje aku hanya renew roadtax & insurance kereta motor etc je. Yang bayar2 saman ni aku tak berapa nak pandai. Cerita pasal pengalaman, the experience that I have here banyak tolong aku dari segi social life. Means aku yang dulu nya jangan harap nak bertegur sapa sangat dengan org yang aku tak kenal tapi lepas aku keje situ, level keperamahan aku meningkat dari 0% ke 60% lah which is banyak jugak utk beginner macam aku. Hahaha amboi T_T

Okay, benda best bila kau keje menghadap orang ni ialah kau boleh belajar cara untuk deal dengan customer yang banyak karenah. Mostly customer aku ialah Melayu, ada jugak Cina & India. Jujurnya, character setiap kaum sangat lain. Melayu ada yang educated, ada yang terlebih educated tapi keluar scope, ada yang taktahu langsung tapi bg aku benda ni pengalaman & bukan senang nak deal ye mula2 sebab waktu first day aku keje bukan main aku ketaq weh duduk depan counter. Haha. 

After one week, aku dah boleh faham dah system dia, tahu dah nak keyed in insurance kereta, motor. Nak check NCD , check saman dan sebagainya. Sayang sebenarnya nak lepaskan keje ni tapi apa boleh buat, opportunity yang lebih baik takkan datang lebih dari sekali kan, so I just grabbed the offer after I have one month and a half experience here.

Contoh MyEG Machine :)

So, last but not least, sesiapa nak renew road tax, insurance kereta/motor/lorry ke boleh lah drive kan kenderaan anda ke Kiosk MyEG cawangan Seremban di Bangunan MARA Seremban (YCM Excellent) and satu lagi cawangan di Port Dickson, lepas round aboard dr highway Seremban-PD (sebelah/depan hospital Im not really sure). Or else you guys can drop your call or whatsapp/message the details you need to this number 

Seremban/Port Dickson

Office 06 762 5478
Puan Yati : 016 658 6529

Address:

G-03, Bangunan Seremban Plaza (BGN MARA)
Jalan Dato' Muda Linggi,
70100 Seremban, N.sembilan


(Andai kata anda dr PD, boleh je cakap detail pada no diatas, tp state kan yang anda ingin buat service kat PD :) *tak ingat no PD sebenarnya mueheheee :P )

Or else, you can just email to me at nurzaheerawork@gmail.com . Kalau korang jauh, kami akan post kan. No need to worry k? Syaratnya, korang kena bgtahu kitorang 3 hari awal sebelum roadtax korang expired (atleast, jangan lebih) Document yang kitorang nak hanya 

1. Salinan cover note insurance lama. (snap gambar/scan je)
2. Atau, salinan geran depan & belakang. (snap gambar/scan je)
3. Dah dapat detail, kitorang akan kirakan. Dapat je harga, kitorang akan confirmkan harga dengan korang via call/message/whatsapp which ever come first. (Kalau ada problem, kitorang akan inform)
4. Once confirmed, kitorang ON kan insurance & roadtax, lepas tu korang boleh buat payment untuk kita postkan/self pickup at our office. *Kalau area Seremban, kami akan hantar ke rumah ikut availability masa boss/staff kat situ. :)
5. Payment detail nnt boss akan state kan macam mana nak buat :) 

Note: Masa email/call/whatsapp/message. Sila statekan nama, address, email & phone number. Senang utk kita contact korang nnt. 

(snap gambar & email kan/whatsappkan/message (MMS) kan gambar tu. Okay? Company ada email, tapi dorang tak check sebab dorang lagi prefer dengan live customer. So, aku boleh tolong apa yang patut since dah tak keje pun, tapi aku still je buatkan insurance kereta motor kengkawan and sedara kat sini :) 

Okay lah, til we meet again with another story. :) Thanks for reading by the way !